4 APRIL 2012 -Awal hari ini PAS menyatakan sokongan
terhadap hasrat NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang
akan mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada
28 April ini.
BERSIH 3.0 ini mengambil beberapa hal yang mana
tidak adil bagi rakyat itu sendiri,Suruhanjaya Pilihan Raya <SPR>
sepatutnya berkerjasama untuk memastikan pilihanraya kali ini adalah bersih
tetapi mereka ini pula berkhidmat untuk kepentingan parti UMNO serta sekutunya
dalam membantu mengekalkan kerajaan NAJIB yang penuh penipuan dan rasuah
kotornya
Keputusan untuk mengadakan himpunan itu dibuat
ekoran pihak PSC dan kerajaan dilihat tidak mengambil serius terhadap tuduhan
penipuan khususnya dalam isu pembersihan daftar pemilih.
Sehubungan itu juga, naib presidennya Salahuddin
Ayub berkata, PAS juga tidak teragak-agak untuk menyertai himpunan itu kerana
ia selari dengan perjuangan parti itu yang menuntut pembersihan daftar pemilih
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Malah katanya, ia juga selari dengan kandungan
laporan minoriti yang ditolak oleh Dewan Rakyat semalam untuk dilampirkan
bersama dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung
Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC). ::Harakah Daily::
Tetapi pendirian parti itu terhadap pengumuman himpunan
Bersih 3.0 oleh Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said pagi tadi,akan
diberitahu secara rasmi dan dijangka akan diumumkan timbalan presidennya
Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS pada
satu sidang media khas esok.
Bersih 2.0 pagi tadi mengumumkan sekali lagi akan
mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April ini di
Dataran Merdeka dengan Tema kali ini adalah "Duduk Bantah" ianya juga
dihiasi dengan salingan-salingan berkaitan penipuan yang berlaku ketika
pilihanraya, ini diumumkan sendiri oleh Datuk A Samad Said bahawa dia
menjangkakan 500,000 yang akan hadir dalam perhimpuanan itu dan secara serentak
diseluruh negeri dan dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan