Halaman

Selasa, 13 Disember 2011

PAS Kawasan Kalabakan Pantau Parlimen Kalabakan

13 DISEMBER 2011 (SELASA) : Sekali lagi PAS Kawasan Kalabakan telah menjalankan kerja-kerja culaan bagi Kawasan Parlimen Kalabakan. Minggu lalu, kerja mencula dijalankan di Kampung Jawa Lanut. Pada kali ini pula kerja culaan dijalankan di Kampung Sentosa, Tawau.

Apabila kerja culaan dijalankan, salah seorang penduduk kampung memberitahu petugas bahawa ada pihak yang menjalankan kerja pada waktu malam untuk melabelkan rumah orang kampung sebagai 'Rumah Setinggan' dengan menggunakan singkatan 'RS' pada sebahagian rumah di kampung itu.

Usman Madeaming (KP)
Melihat keadaan persekitaran kampung yang baru sahaja mengalami kebakaran, terjumpa dengan seorang mak cik seperti baru keluar dari sebuah pondok yang berada di tempat bangkai rumah terbakar. Usman Madeaming (gambar di atas) yang merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan menghampiri mak cik tersebut dan berbual mesra dalam Bahasa Bugis. Beliau juga sempat menghulurkan sedikit wang kepada mak cik tersebut atas belas kasihan beliau.


Juga kelihatan gambar di atas YDP dan KP PAS Kawasan Kalabakan sedang berbual-bual dengan mak cik tersebut.

Semoga amal baik ini diterima oleh Allah.

Khamis, 1 Disember 2011

PAS Kawasan Kalabakan Tingkatkan Tarbiyah Ahli.

5 MUHARRAM 1433H / 1 DIS 2011 (KHAMIS) : Satu program tarbiyah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kalabakan sempena lawatan rombongan al-Fadhil al-Ustaz Saidin daripada PAS Cawangan Panglima Saujana.


Program Kunjungan Kembara Tarbawi ini diadakan bagi meningkatkan tarbiyah ahli sebagai muslim yang berada  dalam Gerakan Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Di samping itu, bagi mengeratkan ukhwah dalam kalangan ahli PAS itu sendiri. Penyertaan ini terbuka kepada ahli PAS Kawasan Kalabakan dan PAS Kawasan Tawau.

Berikut adalah maklumat program :

Tarikh : 2 dan 3 Disember 2011
Tempat : Madrasah Darul Hidayah Sungai Imam, Tawau, Sabah.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada Saudari Devi Novita di talian 0138910451 (AJK Pendaftaran)
*Pendaftaran dibuka pada 2 Disember 2011 bermula pukul 3:00 petang hingga 5:30 petang*

Allahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...