Halaman

Rabu, 14 September 2011

Majlis Kunjungan Aidilftri YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang anjuran PAS Caw. Kg. Pasir Putih, Kalabakan

14 September 2011 (16 Syawal 1432 H), Rabu : Alhamdulillah. Semalam, telah berlancar Ceramah Umum YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang di Kampung Pasir Putih, Tawau (Parlimen Kalabakan) sempena Majlis Kunjungan Aidilfitri beliau di Kalabakan.
 
Presiden PAS, Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang mengadakan lawatan kerja ke Sabah sempena dengan sambutan Hari Malaysia 16 september ini. Lawatan yang bermula isnin lalu di Tawau dan Kalabakan menunjukkan keprihatinan PAS terhadap nasib rakyat Sabah yang masih terpinggir walaupun lebih setengah abad negara merdeka.

Sabah yang masih jauh ketinggalan kemudahan infrastrukturnya, menyebabkan ramai rakyatnya terjebak kemiskinan. Walaupun ada usaha rakyat untuk berdikari, ia seolah-olah tidak dibenarkan kerajaan BN. Banyak tanah-tanah yang diusahakan penduduk dengan pelbagai tanaman termasuk kelapa sawit, dirampas kerajaan walaupun sudah berpuluh tahun mereka mengusahakannya.

Dalam ucapannya di Kg Pasir Putih, Kalabakan semalam, beliau menegaskan peri pentingnya rakyat Sabah melakukan perubahan pemerintah dalam pilihanraya yang akan datang. Tegas beliau, Sabah yang kaya dengan hasil bumi, negeri yang mempunyai minyak, masih menjadi antara negeri termiskin. Rakyat yang hendak berdikari, dirampas tanah mereka dan diberi kepada tauke-tauke yang dekat dengan pemerintah.

Turut serta dalam lawatan beliau ialah Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat, Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Sabah Aminudin Aling. Rombongan juga turut melawat kawasan perkampungan di pedalaman Merotai dan juga Kinabatangan yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan Sabah. Lawatan ini merupakan yang kedua dalam tempoh tiga bulan ini. Pada bulan julai yang lalu, beliau mengadakan lawatan ke Kawasan Putatan, Kota Belud, Keningau dan Persiangan. Turut dilawat ialah kawasan Miri Sarawak.

Kalabakan dan Kinabatangan diseru sokong PAS.

Dalam ucapannya di Kalabakan semalam, beliau mengakui adanya ahli-ahli parlimen UMNO Sabah yang bersuara tentang kemiskinan rakyat Sabah di parlimen seperti Dato' Ghafur Saleh dan Dato' Bong Mokhtar. Tetapi suara mereka tidak membawa perubahan kerana mereka berada dalam UMNO.

Kata beliau, "saya seru Kalabakan dan Kinabatangan menyokong PAS jika benar-benar ingin membela rakyat Sabah. Jika terus di dalam UMNO, matlamat membela rakyat tidak akan tercapai, ibarat orang Kalabakan yang hendak ke Kota Belud, tidak boleh naik bas ke Kota Kinabalu. Walaupun diubah kerusi bas menghala ke Kota Belud, tetap ia menuju ke Kota Kinabalu. Oleh itu, tinggalkan UMNO dan beri sokongan kepada PAS."

Turut berucap dalam ceramah semalam ialah En. Usman Madeamin (Pengerusi PAS Caw. Kg. Pasir Putih merangkap Ketua Pemuda PAS Kaw. Kalabakan), En. Lahirul Latigu (Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Neg. Sabah), En. Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Neg. Sabah), En. Mazlan Aliman (Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat). Untuk mendengar ceramah beliau, boleh rujuk link ini : http://www.youtube.com/watch?v=iAI78qv_Rzk&feature=share

Allahu'alam.

Ahad, 11 September 2011

MAJLIS KUNJUNGAN AIDILFITRI (13Sept.2011, Selasa) - 8:30 malam.

12 September 2011, Selasa [14 Syawal 1432 H] : Satu program akan diadakan oleh PAS Cawangan Pasir Putih pada 13 September 2011 yang bertempat di PASTI Kampung Pasir Putih, Tawau. 

Program tersebut ialah Majlis Kunjungan Aidilfitri yang akan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap ahli Parlimen Marang, Terangganu.

Di samping itu, Derma Jihad PRU-13 juga akan dilancarkan di dalam Majlis ini sekaligus Perasmian PAS Cawangan Pasir Putih. Tambahan lagi, penyerahan borang ahli PAS akan diserahkan terus kepada YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang.


Orang ramai dijemput hadir. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada Saudara Suhazman Sudirman (Pengarah Program) di talian : 0194514887.

Allahu'alam.


'MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN'

Ahad, 4 September 2011

Lawatan Hospital Wanita Pakatan Rakyat Erat Hubungan


Lawatan Hospital Wanita Pakatan Rakyat Erat Hubungan
Fatmawaty Yusoff

TAWAU, 4 September – Untuk mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat, pemimpin masyarakat dan organisasi lain seperti pihak hospital, Wanita Pakatan Rakyat Kawasan Tawau & Kalabakan telah mengadakan lawatan ke Hospital Tawau  semalam.

Menurut Pengarah Operasi yang diketuai oleh Pengerusi Wanita Pakatan Rakyat. Kawasan Tawau Pn Noor Ain Abdul Kadir, rombongan lawatan yang dihadiri oleh setiap parti komponen Pakatan Rakyat berasa teruja dengan sambutan baik oleh kakitangan pihak hospital.  

Rombongan Wanita Pakatan Rakyat seramai 15 orang telah dibawa melawat Wad Materniti berkesempatan beramah mesra dan memberikan buah tangan sebagai tanda ingatan Wanita Pakatan Rakyat atas usaha para ibu selama ini yang tidak dapat dinafikan  peranan besarnya dalam mencorak masa depan negara. 

Turut hadir pada lawatan ini, Ketua Dewan Muslimat  PAS Negeri Sabah Pn. Zaiton Ahmad dipetik berkata “Saya menyeru kepada seluruh kaum ibu, khususnya kepada pengundi muda yang hari ini jumlahnya mencecah 65 peratus supaya membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke 13 yang semakin hampir. 

Para ibu antara mereka yang sangat terkesan dengan kenaikan harga barang dan meningkatnya kos sara hidup. Sudah sampai masanya untuk rakyat Sabah memilih sebuah kerajaan yang benar-benar dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa untuk generasi akan datang.

Lawatan bermula jam  3.00 petang itu berakhir pada jam 4.20 petang. Penghargaan dan setinggi ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan hospital atas perhatian dan  sokongan.

Lensa Sekitar Lawatan Hospital Wanita Pakatan Rakyat Erat Hubungan

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...