Halaman

Ahad, 28 Ogos 2011

Borang Dana Pilihanraya PAS Kawasan Kalabakan

Tabung Dana Pilihanraya PAS Kawasan Kalabakan telah dilancarkan semasa Majlis Berbuka Puasa PAS Cawangan Pasir Putih yang telah diadakan pada 6 Ogos 2011 bertempat di Restoran Tom Yam Wawasan, Tawau dekat sini semalam. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Sabah, Tn Hj Ahmad Dullah, YDP PAS Kawasan Kalabakan En Kadarisman , Timbalan Yang diPertua Tn Hj Norbin Aloh, Ketua Muslimat dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan serta ramai lagi AJK baik diperingkat kawasan mahupun negeri.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Kawasan Kalabakan bolehlah dimasukkan ke akaun berikut :

Nama Akaun : PAS Kawasan Kalabakan
Bank : Bank Islam (Cawangan Tawau) No akaun :10025010053802

SMS atau hubungi Bendahari PAS Kawasan Kalabakan Sdri Fatmawaty Yusoff 014-8618318 aku_fatma83@yahoo.com selepas transaksi.

Kepada mereka yang ingin memberi komitmen untuk menyumbang pada masa yang terdekat atau akan datang sila isi Borang Sumbangan di atas atau sila isi butiran di bawah dan e-melkan ke aku_fatma83@yahoo.com atau poskan ke :

Fatmawaty Yusoff
PAS Kawasan Kalabakan,
D/A Madrasah Darul Hidayah,
Peti Surat 2019, 
91045 Tawau, Sabah

Nama :
Alamat :
Tel :
E-mel :
Komitmen sumbangan : RM
Tarikh dijangka akan memberi sumbangan :

"Dan sesungguhnya orang-orang yang beriman itu beriman kepada Allah dan RasulNya sehingga mereka tidak ragu-ragu dan berjihad dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar." (Al-Hujurat)

Sabtu, 27 Ogos 2011

Sumbangan Amal Sekampit Beras 2

27 RAMADHAN 1432 H @ 27 OGOS 2011, Sabtu : Alhamdulillah, sekali lagi Penaja PAS Cawangan Kampung Pasir Putih telah mengadakan Sumbangan Amal Sekampit Beras untuk kali yang ke-2 sempena Bulan Ramadhan tahun ini. Program sebelumnya telah pernah dijalankan pada 14 Ramadhan yang lalu.

Sambil menjalankan kerja amal ini, para petugas juga sempat mengadakan Daftar Pemilih kepada warga Kampung Pasir Putih bagi yang sudah mencecah usia 21 tahun. Selain itu, para petugas juga sempat mengedarkan risalah kepada penduduk kampung dan mereka menerima baik kehadiran PAS di kampung ini.

Saudari Fatmawaty telah menguruskan Daftar Pemilih.

Sering kali penduduk kampung mengeluh dengan keadaan wakil rakyat mereka yang telah dipilih daripada parti komponen Barisan Nasional. Keadaan ini terjadi apabila wakil rakyat tidak menjalankan amanah yang telah diberikan. Antara perkara yang membuat rakyat marah ialah jalan raya akan diturap hanya apabila dekat pilihan raya sahaja. 

Penduduk Kampung Pasir Putih menghadapi banyak kesulitan di kampung ini. Mereka sudah tidak tahan lagi dengan keadaan ini menyebabkan mereka akan beralih kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti.


Keadaan jalan yang berlubang dan dipenuhi air.

Kelihatan sebuah kenderaan yang melalui lubang pada jalan raya dan pada bahagian tepi jalan raya, kelihatan sampah sarap yang bertimbun (kawasan belakang SK Pasir Putih, Tawau).

Walaupun berpuasa, namun petugas tetap menjalankan kerja-kerja mulia ini tanpa mengenal penat lelah. Sumbangan ini dijalankan pada waktu pagi dan berakhir sebelum masuk waktu Zohor.

Para petugas gigih menjalankan tugas di Bulan Ramadhan.

Sumbangan kali ini dihadiri oleh Encik Usman Madeaming (Pengerusi  Penaja PAS Cawangan Pasir Putih), Saudari Devi Novita Sari Abdullah (Setiausaha Kerja PAS Kawasan Kalabakan), Saudari Fatmawaty Yusoff (Setiausaha Penaja PAS Cawangan Pasir Putih), Saudara Muthahharah Qamaruddin, Saudari Normah Sudirman, dan Saudari Suhaimi.

Para petugas.

Para petugas.

Semoga amalan ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Berikut adalah gambar-gambar semasa program :

Lorong 1, Kampung Baru.

Rumah Ketua Pemuda, Encik Usman Madeaming.

Keluarga pertama menerima sumbangan.

Petugas mukminah yang lebih mesra bersama penduduk kampung.

Warga emas yang sangat gembira menerima sumbangan daripada Penaja PAS Cawangan Kg. Pasir Putih.

Saudari Fatmawaty Yusoff telah memberikan risalah selepas memberikan sumbangan.

Sempat bergambar bersama seorang ibu tunggal dan anak-anaknya.

Saudari Fatmawaty Yusoff telah memberikan risalah.

Kemesraan petugas bersama dengan penduduk kampung.

Para petugas telah mengagihkan sumbangan.

Seorang penduduk kampung sangat gembira menerima sumbangan.


Mudah-mudahan kerja amal ini mendapat rahmat daripada Allah. PAS akan sentiasa bersama rakyat Malaysia bagi memimpin rakyat kepada kesejahteraan dunia dan akhirat semampu yang mungkin.

'PAS Sedia Ganti UMNO'

Rabu, 17 Ogos 2011

Solat Tarawih dan Edar Risalah di Kampung Bukit Gemuk (Kg. Pasir Putih), Tawau.

15 RAMADHAN 1432H (15 SEPT. 2011)-Isnin : Alhamdulillah, Penaja PAS Cawangan Kampung Pasir Putih, Tawau telah berjaya mengadakan Solat Tarawih di Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Gemuk. 

Solat Tarawih ini dihadiri oleh ahli PAS Kawasan Kalabakan dan PAS Kawasan Tawau serta penduduk Kampung Bukit Gemuk. 

Di samping itu, edaran risalah dan pembahagian kurma kepada jamaah tarawih turut dijalankan selepas selesai Solat Sunat Tarawih yang kelapan rakaat. Para petuga yang menjalankan tugas terdiri daripada DPPKK dan DPPKT serta Unit Amal. 

Tambahan lagi, para petugas dijemput untuk menjamu makanan (moreh) selepas selesai Solat Sunat Tarawih 20 rakaat dan Solat Sunat Witir.

Penduduk kampung sangat gembira apabila mereka menunjukkan kemesraan kepada para petugas kerana sudi bersama penduduk kampung untuk menyampaikan Risalah Ramadhan dan sumbangan kurma daripada PAS Cawangan Kampung Pasir Putih. Sangat mengharukan lagi apabila para petugas dijemput untuk menghadiri Majlis Tahlil di rumah salah seorang penduduk kampung.

Berikut adalah gambar yang sempat di ambil :

Tazkirah disampaikan oleh Sdr. Suhasman Sudirman sebelum Solat Sunat Tarawih dimulakan.

Para jamaah muslimin khusyuk mendengar tazkirah yang telah disampaikan Sdr Suhasman.

Para jamaah muslimin khusyuk mendengar tazkirah yang telah disampaikan oleh Sdr Suhasman.

Salah seorang pemuda daripada DPPKT.

Solat Sunat Tarawih.

Sdri. Fatmawaty Yusoff telah mengedarkan risalah ramadhan kepada kanak-kanak yang telah menunaikan Solat Sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat.

Sdr. Suhasman telah mengedarkan risalah dan mmeberikan kurma kepada jamaah tarawih.

Anggota Unit Amal yang turut sama mengedarkan risalah dan memberikan kurma kepada jamaah tarawih.

DPPKK mengedarkan risalah dan memberikan kurma kepada pemandu teksi.

Para jamaah menjamu selera selepas Solat Sunat Tarawih (moreh).

Mudah-mudahan program kali ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.


'Membangun Negara Berkebajikan'

Lagi Isu Kampung Pasir Putih Yang Dipenuhi Dengan Sampah Sarap.

Sumber :  http://almuslim-alharaki.blogspot.com


Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau sebelum ini, isu yang aku bawakan adalah isu jalan di Kampung Pasir Putih Tawau Sabah yang belum dibaiki walaupun pilihanraya umum semakin dekat. Sebelum masuk kepada tajuk 'SAMPAH', ingin saya memperlihatkan kepada warga Malaysia tentang gambar ini. Mari kita lihat...

Gambar ini menunjukkan jalan di hadapan salah seorang kenamaan di Kampung Pasir Putih. Jalan yang lebih baik daripada gambar di bawah ni.

Ni jalan di belakang Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Tawau Sabah. Yang penuh dengan becak dan sempit.

Seorang rumah kenamaan di mana jalan di hadapan rumahnya lebih baik daripada jalan di belakang sekolah tadi. [Inikah keadilan???].

Baik, kita da lihat tentang jalan-jalan di Kampung Pasir Putih. Ada juga jalan yang baik tapi pada tempat-tempat yang tertentu. Baik, mari kita lihat pula tentang isu sampah yang sampai hari ini kerajaan Sabah masih tidak ambil peduli tentang keadaan Kampung Pasir Putih yang tidak mendapat pemerhatian daripada mereka.

Longgokan sampah di belakang Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Tawau Sabah. Manakah perginya wakil rakyat yang sepatutnya menyelesaikan masalah ini?

Saya berharap, seluruh rakyat Tawau mengambil satu langkah bijak bagi mengatasi masalah yang melanda ini.   Saya berasa hairan. Mengapa Tawau bagaikan dianak tiri oleh pemimpin Malaysia. Inikah '1 MALAYSIA'? Inikah dia 'RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'? Kata-kata manis yang bermain di bibir tidaklah menjadi satu bukti bahawa pihak kerajaan telah menjalankan tanggungjawabnya.

Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bangkit untuk membela nasib sendiri. Jom Ubah!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...