Halaman

Rabu, 14 September 2011

Majlis Kunjungan Aidilftri YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang anjuran PAS Caw. Kg. Pasir Putih, Kalabakan

14 September 2011 (16 Syawal 1432 H), Rabu : Alhamdulillah. Semalam, telah berlancar Ceramah Umum YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang di Kampung Pasir Putih, Tawau (Parlimen Kalabakan) sempena Majlis Kunjungan Aidilfitri beliau di Kalabakan.
 
Presiden PAS, Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang mengadakan lawatan kerja ke Sabah sempena dengan sambutan Hari Malaysia 16 september ini. Lawatan yang bermula isnin lalu di Tawau dan Kalabakan menunjukkan keprihatinan PAS terhadap nasib rakyat Sabah yang masih terpinggir walaupun lebih setengah abad negara merdeka.

Sabah yang masih jauh ketinggalan kemudahan infrastrukturnya, menyebabkan ramai rakyatnya terjebak kemiskinan. Walaupun ada usaha rakyat untuk berdikari, ia seolah-olah tidak dibenarkan kerajaan BN. Banyak tanah-tanah yang diusahakan penduduk dengan pelbagai tanaman termasuk kelapa sawit, dirampas kerajaan walaupun sudah berpuluh tahun mereka mengusahakannya.

Dalam ucapannya di Kg Pasir Putih, Kalabakan semalam, beliau menegaskan peri pentingnya rakyat Sabah melakukan perubahan pemerintah dalam pilihanraya yang akan datang. Tegas beliau, Sabah yang kaya dengan hasil bumi, negeri yang mempunyai minyak, masih menjadi antara negeri termiskin. Rakyat yang hendak berdikari, dirampas tanah mereka dan diberi kepada tauke-tauke yang dekat dengan pemerintah.

Turut serta dalam lawatan beliau ialah Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat, Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Sabah Aminudin Aling. Rombongan juga turut melawat kawasan perkampungan di pedalaman Merotai dan juga Kinabatangan yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan Sabah. Lawatan ini merupakan yang kedua dalam tempoh tiga bulan ini. Pada bulan julai yang lalu, beliau mengadakan lawatan ke Kawasan Putatan, Kota Belud, Keningau dan Persiangan. Turut dilawat ialah kawasan Miri Sarawak.

Kalabakan dan Kinabatangan diseru sokong PAS.

Dalam ucapannya di Kalabakan semalam, beliau mengakui adanya ahli-ahli parlimen UMNO Sabah yang bersuara tentang kemiskinan rakyat Sabah di parlimen seperti Dato' Ghafur Saleh dan Dato' Bong Mokhtar. Tetapi suara mereka tidak membawa perubahan kerana mereka berada dalam UMNO.

Kata beliau, "saya seru Kalabakan dan Kinabatangan menyokong PAS jika benar-benar ingin membela rakyat Sabah. Jika terus di dalam UMNO, matlamat membela rakyat tidak akan tercapai, ibarat orang Kalabakan yang hendak ke Kota Belud, tidak boleh naik bas ke Kota Kinabalu. Walaupun diubah kerusi bas menghala ke Kota Belud, tetap ia menuju ke Kota Kinabalu. Oleh itu, tinggalkan UMNO dan beri sokongan kepada PAS."

Turut berucap dalam ceramah semalam ialah En. Usman Madeamin (Pengerusi PAS Caw. Kg. Pasir Putih merangkap Ketua Pemuda PAS Kaw. Kalabakan), En. Lahirul Latigu (Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Neg. Sabah), En. Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Neg. Sabah), En. Mazlan Aliman (Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat). Untuk mendengar ceramah beliau, boleh rujuk link ini : http://www.youtube.com/watch?v=iAI78qv_Rzk&feature=share

Allahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...