Halaman

Rabu, 17 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa Penaja PAS Cawangan Kg. Pasir Putih, Tawau

6 RAMADHAN 1432 H (6 SEPT. 2011)-Sabtu : Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa anjuran Penaja PAS Cawangan Kampung Pasir Putih, Tawau telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Berikut ialah gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut :

Restoran Tom Yam Wawasan menjadi destinasi Majlis Berbuka Puasa

Ketibaan para tetamu

Para tetamu sibuk menonton video BERSIH 2.0

Ucapan alu-aluan oleh Sdr. Suhasman Sudirman selaku Pengerusi Majlis

Bacaan doa oleh Ustz. Noryusri

Ucapan oleh En. Usman Madeaming selaku Pengarah Program & Pengerusi PAS Caw. Kg. Pasir Putih, Tawau

Ucapan oleh En. Ahmad Abdullah merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Sabah

Ucapan Perasmian oleh En. Kadarisman Kadiran merangkap YDP PAS Kaw. Kalabakan

Pelancaran Tabung Dana Pilihan Raya oleh YDP PAS Kaw. Kalabakan

 Menjamu selera setelah tiba waktu berbuka puasa

Mudah-mudahan majlis ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir sekaligus membantu menjana kewangan untuk Pilihan Raya yang akan datang. Allah sahaja yang mampu membalasnya.
'Membangun Negara Berkebajikan'

Selasa, 16 Ogos 2011

VIDEO - PEMUTIHAN PATI, SEJARAH HITAM NEGARA



Surat aku janji (gambar) yang mesti dipatuhi oleh setiap PATI dalam program pemutihan pendatang tanpa izin. Dahulu mereka ini diburu dan diserbu, dihantar ke pusat tahanan, seterusnya dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Tetapi kini, 'layanan cukup istimewa' diberikan kepada mereka, tetapi dengan 'bayaran cukup hebat' - undi BN!

Jawapan SPR Ibarat Pak Pandir

Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara.
 
Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sekadar menyalahkan “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.
 
Beliau juga dipetik sebagai berkata “tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini” sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara.
 
PAS kesal dengan jawapan yang diberikan Abdul Aziz dan lebih mendukacitakan ialah  sikap lepas tangan SPR, seolah-olah isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja, bahkan berlaku di kebanyakan negara berlaku.
 
Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak".
 
Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada. 
 
Lebih malang dalam sistem serba canggih sekarang, SPR masih ketinggalan zaman sehingga berlaku perkara yang sangat mengaibkan. Bayangkan kalau Kg Baru pun didaftar sebagai pengundi, siap ada bersama nombor kad pengenalan.
 
Ketidakikhlasan SPR dalam memperbaiki sistemnya cukup terserlah dalam isu nama Kg Baru (MyKad: 830527115422) yang didaftarkan sebagai pengundi, dimana SPR hanya menukar nama Kg Baru kepada nama pengundi “Noraini binti Abdullah” berdasarkan data JPN tanpa usul periksa mengapa kesilapan demikian boleh berlaku.
 
Demikian juga pendedahan warga asing yang mendapat kerakyatan, dan didaftarkan sebagai pengundi dengan jumlah ribuan orang adalah gambaran kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan BERSIH 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut.
 
Meskipun SPR dan pihak berkuasa di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional terus menggambarkan himpunan tersebut dalam nada yang sangat negatif ; tetapi disebabkan itu juga rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihanraya negara kita yang dipenuhi dengan sampah sarap dan diancam oleh pendatang asing yang mendapat kerakyatan dan hak mengundi dengan begitu senang.
 
Rakyat boleh bayangkan apabila satu hari nanti undi warga asinglah yang bakal menentukan keputusan politik dan masa depan negara – siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?
 
Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihanraya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihanraya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihanraya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.
 
SPR dituntut melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihanraya yang bersih dan adil.
 
Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihanraya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya.
 
 
 


Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Isnin, 15 Ogos 2011

Sumbangan Amal Sekampit Beras

14 Ogos 2011 / 14 Ramadan 1432H

Pengembaraan bermula...
Sebelum pengembaraan bermula, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan (En Usman Madeaming) bersama dengan Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan (Sdr Muthahharah Qamaruddin) sedang sibuk menyusun atur barangan yang hendak diagihkan

Bersemangat sungguh Ketua Pemuda (KP) PAS Kalabakan

Sanggup berhujan untuk melindungi barang sumbangan daripada  rosak akibat terkena hujan
Mengetatkan ikatan pada tiang bendera

Setiap pengembaraan, pasti ada mehnah dan tribulasi yang datang..
Hujan turun dengan lebatnya..
Barang-barang sumbangan mesti dilindungi




Walaupun hujan, misi tetap dilaksanakan..
Kelihatan Pn. Norlayla tersenyum girang dalam melaksanakan misi pada kali ini


Muslimat bersemangat meredah hujan


Barisan pemuda yang mantap
Syabas!! Pemuda PAS Kawasan Kalabakan



Terlihat kegembiraan di wajah KP apabila sampai ke destinasi tempat yang dituju


Sesi bergambar bersama Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kalabakan

Destinasi seterusnya : Kawasan perumahan Blok A

Ves Dewan Pemuda

Penuh bertertib memberi salam 

KP Kalabakan walaupun letih, tetap maintain

Terpaksa berjalan kaki menuju ke kereta.. Jalan yang sempit menyukarkan kenderaan melaluinya

Muslimat turut serta dalam meredah jalan yang becak

Sesat dalam mencari rumah.
.Sdri Nursiah Saham bertanya dengan penduduk kampung

KP dan Naib KP berehat sebentar sementara muslimat bertanya dengan penduduk kampung
Hanya Allah dapat membalas jasa kalian

Sekitar panorama di atas jambatan



Berjalan menaiki bukit..
Melewati lorong-lorong yang sempit


Sdri Normah tetap maintain memegang bendera PAS


Akhirnya, pendakian selesai.
Rumah penerima yang terletak di atas bukit


Sempat 'snap' gambar barisan saf kepimpinan Cawangan Pasir Putih 
merangkap AJK Dewan Pemuda & Muslimat PAS Kalabakan


Ramah mesra bersama masyarakat Kg Baru 


Muslimat juga turut membantu mengangkat barangan


Lokasi seterusnya : Kg Baru


Penyerahan Buku Jingga kepada setiap penerima sumbangan
Untuk memperkenalkan masyarakat kepada PAS


Tahniah kepada PAS Cawangan Pasir Putih kerana dengan jayanya dapat melaksanakan misi bantuan kemasyarakatan dalam Program Sekampit Beras. Syabas dan tahiah juga diucapkan kepada semua petugas sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam program pada kali ini yang julung kalinya diadakan oleh PAS Cawangan Pasir Putih. Hanya Allah sahajalah yang boleh membalas jasa kalian..

Semoga kita terus istiqamah di pentas dakwah

Sekian, wassalam.

Sabtu, 6 Ogos 2011

TVSelangor09 06082011 PR Desak Batalkan Biometrik, Tetap Mahu Dakwat Kekal

Guna sahaja dakwat kekal, batalkan biometrik

PETALING JAYA, 6 Ogos: Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan membatalkan sahaja hasrat menggunakan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana dilihat banyak mengundang masalah berbanding manfaat yang diperoleh.

Bercakap pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan tentang kepincangan sistem itu dikemukakan.

Bukan itu sahaja, beberapa pendedahan terbaru juga jelas mereka menunjukkan sistem itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, sewajarnya kerajaan kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.

"Sementara tidak ada teknologi canggih selesaikan masalah ini, maka kembalilah kepada tuntutan Bersih untuk guna dakwat kekal.

"Kita dah buat eksperimen di Pulau Ketam untuk pilih ketua kampung. Pegawai Daerah guna inai sahaja. Semua berjalan lancar dan tiada sebarang kekeliruan berlaku," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera).

Selain itu, turut dipersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan' itu.

"Kita nak tahu siapa dapat projek pemutihan warga asing tanpa izin ini.

"Kita harap kerajaan telus dalam hal ini," kata Tian lagi.

Mengulas lanjut isu pengundian berganda, Tian berkata sistem biometrik hanya boleh mengesahkan pengundi itu mempunyai kad pengenalan sah namun tidak mampu mengesan mereka yang mempunyai lebih dari satu kad pengenalan.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan seharusnya bersedia sepenuhnya terlebih dahulu dan tidak "over confident" dengan sistem baru yang mahu digunakan.

Ia bukan sahaja mengundang keraguan, malah turut membazirkan wang rakyat.

Maka ujarnya, kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggunakan dakwat kekal sahaja seperti yang dituntut rakyat.

Sementara itu Liew Chin Tong turut mengingatkan Datuk Seri Najib bahawa perdana menteri itu masih ada tiga hari lagi untuk memanggil sidang tergempar parlimen dari tempoh seminggu yang diberikan pakatan rakyat.

Sidang itu khas bagi membincangkan pendedahan banyak pihak berhubung isu pertukaran status penduduk tetap PR kepada warganegara dalam masa beberapa jam sahaja dan didaftar sebagai pengundi.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa

Bismillahirrahmanirrahim.

5 OGOS 2011, Jumaat : Penaja PAS Cawangan Pasir Putih, Tawau akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Restoran Tom Yam Wawasan Tawau. 

Tujuan Majlis Berbuka Puasa ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengutip dana pilihan raya umum ke-13. Di samping itu, untuk memasyarakatkan PAS di daerah Tawau ini. 
Tiket Majlis Bebuka Puasa
Berikut adalah tentatif program :

4:00 ptg : Ketibaan hadirin
               Tayangan video
5:00 ptg : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
               Bacaan doa
               Ucapan Pengerusi Penaja PAS Cawangan Pasir Puith, Tawau
               Ucapan Wakil Pakatan Rakyat
               Ucapan YDP PAS Kawasan Kalabakan 
6:27 ptg : Berbuka puasa
               Program tamat

Tiket adalah terhad seramai 70 orang sahaja. Tiket boleh ditempah kepada Usman Madeaming (0138809786) dan Devi Novita Sari Abdullah (0138910451).

'Membangun Negara Berkebajikan'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...