Halaman

Khamis, 5 April 2012

Sinar Islam For All..


5 April 2012 - Akhir-akhir ini, pertembungan kaum cuba dimanipulasi secara melampau termasuklah media massa yang turut menyimbah minyak ke atas api pertikaian yang marak. Jika dahulu, PAS dilabel sebagai parti rasis, radikal dan sebagainya. Maka hari ini seolah-olah label itu telah bertukar ke arah parti yang memfitnahnya. Perlulah disedari, PAS sendiri tidak pernah bersikap perkauman sejak dari dahulu hinggalah ke hari ini. Label-label yang negatif yang dipakaikan oleh pihak media langsung tidak benar dan hari ini ia terbukti merupakan tuduhan jahat.


Perjuangan PAS sendiri bukanlah mengajak kepada menegakkan idealisme perkauman yang sempit tetapi mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T selaku pencipta alam semesta.
Dunia yang indah ini tidak mungkin wujud dengan sendirinya tanpa Pencipta. Akal logk tentu sekali tidak dapat menafikan wujudnya kuasa yang mengatur perjalanan alam yang begitu tersusun ini.
Peredaran bulan dan bintang, pergantian malam dan siang yang begitu teratur mustahil wujud kecuali adanya kuasa yang mencipta dan mengurus tadbirnya. Kita tentu sekali boleh menerima bagaimana tubuh badan manusia yang terdiri daripada pelbagai anggota dan beribu-ribu sendi hanya dikawal oleh akal sebagai papan kawalan utama.
Demikianlah juga sebuah kilang yang terdiri daripada pelbagai jentera dan mesin namun kesemuanya hanya digerakkan dengan hanya menekan suis utama. Maka begitu jugalah alam semesta yang begitu hebat ini tentulah ditadbir oleh satu kuasa saja. Kuasa ini esa, tidak ada dua dan tiganya.

Dalam ajaran Islam, Kuasa Yang Maha Mencipta ini disebut Allah SWT. Dialah Tuhan yang menciptakan alam ini untuk kehidupan manusia. Dialah juga yang menciptakan manusia bermula dari seorang lelaki yang dinamakan Adam dan dijadikan pula dari Adam itu isterinya Hawa. Ini disebut di dalam firmanNya (surah An Nisa’:1) yang bermaksud :

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak".

Merujuk kepada firman Allah S.W.T ini, agama Islam mengajar penganutnya agar meyakini bahawa semua manusia ini berasal dari bapa yang sama iaitu Adam. Walau apapun warna kulit, manusia sebenarnya bersaudara atau adik-beradik kerana datang dari sulbi yang sama atau satu keturunan.

Sebutlah apa nama bangsa sekalipun, ia tetap merupakan anak cucu kepada Nabi Adam. Justeru, langsung tidak timbul soal bangsa dan warna kulit di dalam Islam. Bangsa, bahasa dan warna kulit tidak lain hanyalah merupakan unsur atau ciri untuk membezakan manusia.


Oleh yang demikian, ia tidak patut dijadikan punca manusia bersengketa antara satu sama lain. Sekalipun secara fitrahnya manusia tentulah menyintai bangsanya sendiri lebih daripada bangsa yang lain, namun cinta dan kasih itu tidaklah menghalalkan dirinya untuk melakukan kezaliman dan ketidakadilan kepada bangsa yang lain.

Realiti perjuangan Islam

Menghayati maksud firman Allah SWT ini, maka inilah perjuangan Islam di bawa PAS yang ingin membawa masyarakat mengenali Tuhan Yang Maha Mencipta alam ini iaitu Allah SWT. Inilah hasrat para ulama Tanah Melayu satu ketika dahulu yang mengambil inisiatif menubuhkan Parti Islam Se-Tanah Melayu dan hari ini dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia atau singkatnya PAS.

Dari awal penubuhannya hinggalah ke hari ini, matlamatnya tidak pernah lari walau seinci, tidak pernah berganjak walau sejengkal. Misi utamanya ialah memperkenalkan Allah SWT sebagai pencipta dan mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT bukan hanya di tikar sejadah tetapi di medan siasah.

Allah itu yang disembah di dalam solat, Allah itu jugalah yang disembah di dalam pentadbiran. Inilah hakikat yang tidak dibawa oleh UMNO yang menyebabkan para alim ulama yang asalnya berada di dalam UMNO bertindak keluar menubuhkan PAS.

Sejak 50 tahun yang lampau, kita tidak pernah lekang menyebut hakikat ini di hadapan rakyat jelata. Jatuh bangun kita sepanjang melalui jalan politik ini tidak pernah menjauhkan kita walau sedikit dari matlamat utama memperkenalkan Islam yang tulen kepada masyarakat.


Kita mengajak semua lapisan rakyat untuk meyakini bahawa dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dengan manusia hanya bertaraf penumpang walau sebesar manapun pangkat dan kuasanya. Kita juga menyeru rakyat agar meyakini bahawa selepas hidup ini akan tiba kehidupan yang lain iaitu alam akhirat. Di alam akhiratlah segala amalan manusia akan dibalas tanpa ditinggalkan sedikitpun oleh Hakim Yang Maha Adil iaitu Allah SWT.

PAS akan terus menongkat cita-cita murni ini walau sehebat manapun gelora yang membadai. Kita penuh yakin bahawa UMNO tidak akan jujur di dalam memperkenalkan Islam kepada rakyat Malaysia khususnya.

Bagi kita, ke hulu atau ke hilir kita berakit, tetap Islam menjadi tali pengikatnya. Jika kita boleh menerima bahawa di rumah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak, di sekolah ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar, di dalam negara ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, maka sudah tentu di bumi ada peraturan yang perlu dipatuhi.

Peraturan tersebut ialah Islam dan bukan semangat nasionalis yang membawa kepada ideologi perkauman yang sempit. Kesemua enakmen-enakmen peraturan hidup di dunia ini telah termaktub di dalam al-Quran selaku lidah rasmi Allah SWT atau disebut sebagai kalamullah.
Sinar Islam memenuhi harapan

Harapan masyarakat Malaysia adalah untuk mewujud sebuah kehidupan aman, damai, sejahtera dan harmoni berteraskan agama. Besarlah harapan agar kita semua dapat menjernihkan pandangan kita terhadap Islam yang sekian lama disolekkan dengan wajah yang comot oleh pihak-pihak yang tertentu.

Segala prejudis dan salah faham yang sering mengabui mata hendaklah dicuci sama sekali, agar kita semua dapat melihat warna Islam yang sebenar. Sesungguhnya sinar Islam adalah cahaya yang boleh memenuhi harapan kita semua. Sejarah sendiri menyaksikan bagaimana orang Cina dan India lebih dahulu menerima Islam berbanding orang Melayu.

Ia berlaku kerana sinar Islam itu dipancarkan dengan baik kepada mereka. Ia cukup membuktikan bahawa Islam tidak asing di kalangan kedua-dua bangsa ini. Justeru, kepada sahabat sebangsa saya yang masih enggan menerima Islam. Ingatlah, sesungguhnya Allah S.W.T hanya akan memuliakan sesuatu bangsa itu dengan Islam. Tanpa Islam, Allah SWT pastinya akan menggantikan kaum yang lain untuk menerajui pentadbiran di bumiNya. Sebagaimana firmanNya (surah Muhammad:38) yang bermaksud :

"Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT, maka bersetujulah kita dengan kemuliaan dan kebesaran-Nya yang merahmati umat manusia ini dengan sinar Islam".

Rabu, 4 April 2012

Duduk Bantah..3.0


4 APRIL 2012 -Awal hari ini PAS menyatakan sokongan terhadap hasrat NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang akan mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini.

BERSIH 3.0 ini mengambil beberapa hal yang mana tidak adil bagi rakyat itu sendiri,Suruhanjaya Pilihan Raya <SPR> sepatutnya berkerjasama untuk memastikan pilihanraya kali ini adalah bersih tetapi mereka ini pula berkhidmat untuk kepentingan parti UMNO serta sekutunya dalam membantu mengekalkan kerajaan NAJIB yang penuh penipuan dan rasuah kotornya

Keputusan untuk mengadakan himpunan itu dibuat ekoran pihak PSC dan kerajaan dilihat tidak mengambil serius terhadap tuduhan penipuan khususnya dalam isu pembersihan daftar pemilih.


Sehubungan itu juga, naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, PAS juga tidak teragak-agak untuk menyertai himpunan itu kerana ia selari dengan perjuangan parti itu yang menuntut pembersihan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah katanya, ia juga selari dengan kandungan laporan minoriti yang ditolak oleh Dewan Rakyat semalam untuk dilampirkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC). ::Harakah Daily::


Tetapi pendirian parti itu terhadap pengumuman himpunan Bersih 3.0 oleh Pengerusi bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said pagi tadi,akan diberitahu secara rasmi dan dijangka akan diumumkan timbalan presidennya Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS pada satu sidang media khas esok.

Bersih 2.0 pagi tadi mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada hari Sabtu 28 April ini di Dataran Merdeka dengan Tema kali ini adalah "Duduk Bantah" ianya juga dihiasi dengan salingan-salingan berkaitan penipuan yang berlaku ketika pilihanraya, ini diumumkan sendiri oleh Datuk A Samad Said bahawa dia menjangkakan 500,000 yang akan hadir dalam perhimpuanan itu dan secara serentak diseluruh negeri dan dunia.


Selasa, 13 Disember 2011

PAS Kawasan Kalabakan Pantau Parlimen Kalabakan

13 DISEMBER 2011 (SELASA) : Sekali lagi PAS Kawasan Kalabakan telah menjalankan kerja-kerja culaan bagi Kawasan Parlimen Kalabakan. Minggu lalu, kerja mencula dijalankan di Kampung Jawa Lanut. Pada kali ini pula kerja culaan dijalankan di Kampung Sentosa, Tawau.

Apabila kerja culaan dijalankan, salah seorang penduduk kampung memberitahu petugas bahawa ada pihak yang menjalankan kerja pada waktu malam untuk melabelkan rumah orang kampung sebagai 'Rumah Setinggan' dengan menggunakan singkatan 'RS' pada sebahagian rumah di kampung itu.

Usman Madeaming (KP)
Melihat keadaan persekitaran kampung yang baru sahaja mengalami kebakaran, terjumpa dengan seorang mak cik seperti baru keluar dari sebuah pondok yang berada di tempat bangkai rumah terbakar. Usman Madeaming (gambar di atas) yang merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kalabakan menghampiri mak cik tersebut dan berbual mesra dalam Bahasa Bugis. Beliau juga sempat menghulurkan sedikit wang kepada mak cik tersebut atas belas kasihan beliau.


Juga kelihatan gambar di atas YDP dan KP PAS Kawasan Kalabakan sedang berbual-bual dengan mak cik tersebut.

Semoga amal baik ini diterima oleh Allah.

Khamis, 1 Disember 2011

PAS Kawasan Kalabakan Tingkatkan Tarbiyah Ahli.

5 MUHARRAM 1433H / 1 DIS 2011 (KHAMIS) : Satu program tarbiyah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kalabakan sempena lawatan rombongan al-Fadhil al-Ustaz Saidin daripada PAS Cawangan Panglima Saujana.


Program Kunjungan Kembara Tarbawi ini diadakan bagi meningkatkan tarbiyah ahli sebagai muslim yang berada  dalam Gerakan Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Di samping itu, bagi mengeratkan ukhwah dalam kalangan ahli PAS itu sendiri. Penyertaan ini terbuka kepada ahli PAS Kawasan Kalabakan dan PAS Kawasan Tawau.

Berikut adalah maklumat program :

Tarikh : 2 dan 3 Disember 2011
Tempat : Madrasah Darul Hidayah Sungai Imam, Tawau, Sabah.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada Saudari Devi Novita di talian 0138910451 (AJK Pendaftaran)
*Pendaftaran dibuka pada 2 Disember 2011 bermula pukul 3:00 petang hingga 5:30 petang*

Allahu'alam.

Rabu, 14 September 2011

Majlis Kunjungan Aidilftri YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang anjuran PAS Caw. Kg. Pasir Putih, Kalabakan

14 September 2011 (16 Syawal 1432 H), Rabu : Alhamdulillah. Semalam, telah berlancar Ceramah Umum YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang di Kampung Pasir Putih, Tawau (Parlimen Kalabakan) sempena Majlis Kunjungan Aidilfitri beliau di Kalabakan.
 
Presiden PAS, Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang mengadakan lawatan kerja ke Sabah sempena dengan sambutan Hari Malaysia 16 september ini. Lawatan yang bermula isnin lalu di Tawau dan Kalabakan menunjukkan keprihatinan PAS terhadap nasib rakyat Sabah yang masih terpinggir walaupun lebih setengah abad negara merdeka.

Sabah yang masih jauh ketinggalan kemudahan infrastrukturnya, menyebabkan ramai rakyatnya terjebak kemiskinan. Walaupun ada usaha rakyat untuk berdikari, ia seolah-olah tidak dibenarkan kerajaan BN. Banyak tanah-tanah yang diusahakan penduduk dengan pelbagai tanaman termasuk kelapa sawit, dirampas kerajaan walaupun sudah berpuluh tahun mereka mengusahakannya.

Dalam ucapannya di Kg Pasir Putih, Kalabakan semalam, beliau menegaskan peri pentingnya rakyat Sabah melakukan perubahan pemerintah dalam pilihanraya yang akan datang. Tegas beliau, Sabah yang kaya dengan hasil bumi, negeri yang mempunyai minyak, masih menjadi antara negeri termiskin. Rakyat yang hendak berdikari, dirampas tanah mereka dan diberi kepada tauke-tauke yang dekat dengan pemerintah.

Turut serta dalam lawatan beliau ialah Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat, Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Sabah Aminudin Aling. Rombongan juga turut melawat kawasan perkampungan di pedalaman Merotai dan juga Kinabatangan yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan Sabah. Lawatan ini merupakan yang kedua dalam tempoh tiga bulan ini. Pada bulan julai yang lalu, beliau mengadakan lawatan ke Kawasan Putatan, Kota Belud, Keningau dan Persiangan. Turut dilawat ialah kawasan Miri Sarawak.

Kalabakan dan Kinabatangan diseru sokong PAS.

Dalam ucapannya di Kalabakan semalam, beliau mengakui adanya ahli-ahli parlimen UMNO Sabah yang bersuara tentang kemiskinan rakyat Sabah di parlimen seperti Dato' Ghafur Saleh dan Dato' Bong Mokhtar. Tetapi suara mereka tidak membawa perubahan kerana mereka berada dalam UMNO.

Kata beliau, "saya seru Kalabakan dan Kinabatangan menyokong PAS jika benar-benar ingin membela rakyat Sabah. Jika terus di dalam UMNO, matlamat membela rakyat tidak akan tercapai, ibarat orang Kalabakan yang hendak ke Kota Belud, tidak boleh naik bas ke Kota Kinabalu. Walaupun diubah kerusi bas menghala ke Kota Belud, tetap ia menuju ke Kota Kinabalu. Oleh itu, tinggalkan UMNO dan beri sokongan kepada PAS."

Turut berucap dalam ceramah semalam ialah En. Usman Madeamin (Pengerusi PAS Caw. Kg. Pasir Putih merangkap Ketua Pemuda PAS Kaw. Kalabakan), En. Lahirul Latigu (Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Neg. Sabah), En. Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Neg. Sabah), En. Mazlan Aliman (Pengerusi Lujnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat). Untuk mendengar ceramah beliau, boleh rujuk link ini : http://www.youtube.com/watch?v=iAI78qv_Rzk&feature=share

Allahu'alam.

Ahad, 11 September 2011

MAJLIS KUNJUNGAN AIDILFITRI (13Sept.2011, Selasa) - 8:30 malam.

12 September 2011, Selasa [14 Syawal 1432 H] : Satu program akan diadakan oleh PAS Cawangan Pasir Putih pada 13 September 2011 yang bertempat di PASTI Kampung Pasir Putih, Tawau. 

Program tersebut ialah Majlis Kunjungan Aidilfitri yang akan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap ahli Parlimen Marang, Terangganu.

Di samping itu, Derma Jihad PRU-13 juga akan dilancarkan di dalam Majlis ini sekaligus Perasmian PAS Cawangan Pasir Putih. Tambahan lagi, penyerahan borang ahli PAS akan diserahkan terus kepada YB Dato' Seri TG Abdul Hadi Awang.


Orang ramai dijemput hadir. Kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada Saudara Suhazman Sudirman (Pengarah Program) di talian : 0194514887.

Allahu'alam.


'MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...